Posted on 23 May 2024
Press Release, 28 March 2025
KUCHING: Buku Gawai Dayak Coffee Table Book 2024 telah dilancarkan secara rasmi bagi mendokumentasikan warisan budaya dan sejarah perayaan Gawai Dayak untuk tatapan generasi akan datang. Demikian kata Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Dato Sri Roland Sagah Wee Inn ketika mewakili Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, malam semalam. Beliau pada masa yang sama menyifatkan buku tersebut sebagai pencapaian penting dalam memastikan semangat Gawai terus dihayati dan diwarisi. “Buku ini bukan sekadar koleksi gambar tetapi satu penghormatan kepada tradisi, dokumentasi budaya dan legasi untuk masa depan,” katanya semasa Majlis Apresiasi Gawai Dayak 2024 dan pelancaran buku berkenaan malam semalam. Beliau menekankan bahawa Gawai bukan sekadar perayaan tetapi juga melambangkan warisan, perpaduan dan kebanggaan masyarakat Dayak. Buku ini akan menjadi rujukan penting bagi generasi muda dalam memahami budaya dan sejarah Gawai, tegasnya. Turut hadir adalah Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Goram Datuk Jefferson Jamit Unyat, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantaun Projek) Datuk Gerawat Gala. Juga Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Dr Jerip Susil, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Liwan Lagang, Ahli Parlimen Puncak Borneo Datuk Willie Mongin serta beberapa pemimpin tempatan yang lain.
Press Release, 14 January 2025
KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menekankan keyakinannya terhadap generasi muda sebagai peneraju masa depan Sarawak selepas era Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) tamat pada 2030. Beliau yakin bahawa generasi pelapis negeri ini berupaya meneruskan dasar-dasar yang telah dibina, malah bersedia menyesuaikan Sarawak dengan cabaran baharu dunia yang semakin kompleks. Ini katanya, termasuk keupayaan untuk membaca perubahan global, menyesuaikan dasar tenaga dan memanfaatkan sumber negeri dengan lebih strategik. “Ada lima tahun lagi sebelum 2030, tetapi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mesti ada pemimpin pelapis untuk memastikan kesinambungan dan kemajuan negeri. “Selepas PCDS 2030 juga, apa yang akan berlaku, saya serahkan kepada anda iaitu generasi muda; anda adalah pelapis yang akan mengorak langkah membawa Sarawak ke era baharu yang lebih mencabar,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada salah seorang mahasiswa dari Politeknik Kuching yang bertanya mengenai hala tuju negeri selepas tamatnya PCDS pada 2030, dalam sesi Townhall 8 Tahun bersama YAB Premier Sarawak di Hikmah Exchange pada malam tadi. Dalam mengakui anak muda Sarawak mempunyai berbakat besar dalam memacu pembangunan negeri, Abang Johari menegaskan bahawa bakat ini hanya akan dapat digunakan dengan sebaik mungkin sekiranya ekonomi dan pendidikan diperkasakan. Ketibaan Abang Johari disambut mesra oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol. – Gambar UKAS “Banyak anak Sarawak yang pintar memilih untuk bekerja di luar negara kerana ekonomi kita tidak sesuai dengan apa yang mereka pelajari. “Justeru, kita mesti tingkatkan ekonomi ke satu tahap sehingga membolehkan anak Sarawak yang bijak ini kembali dan berkhidmat,” katanya. Abang Johari menambah, kerajaan GPS berusaha menyediakan pendidikan percuma di universiti milik kerajaan negeri kerana beliau yakin langkah ini akan melahirkan generasi pelapis yang berkualiti, sekali gus membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat dan mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan. Menyedari potensi anak Sarawak, beliau turut berkongsi pengalamannya memberikan dermasiswa kepada pelajar daripada keluarga kurang mampu di Universiti Teknologi Sarawak (UTS), yang akhirnya berjaya dalam jurusan strategik seperti kejuruteraan dan kewangan. “Saya berikan bursary (dermasiswa), rupa-rupanya, mereka mengambil jurusan strategik seperti kewangan, perakaunan, dan kejuruteraan, dan mereka lulus. “Apabila terdapat majlis konvokesyen sekitar dua tahun lepas, seorang ibu dan bapa berjumpa saya dan menzahirkan ucapan 'Terima kasih YAB, kalau tidak ada bursary, mungkin anak saya bukan seorang jurutera dari kampung’. “Rentetan itu, saya bertekad untuk memberikan pendidikan percuma kepada anak Sarawak yang melanjutkan pelajaran di universiti negeri menjelang 2026, sebagai usaha untuk memperkasa generasi muda Sarawak dan seterusnya meningkatkan peluang ekonomi,” katanya.
Press Release, 12 June 2024
KUCHING (June 12): A group of non-governmental organisations (NGOs) from Sarawak has urged the federal government to recognise Gawai Dayak on June 1 in Sarawak and Kaamatan on May 30 in Sabah as national public holidays. They say such recognition fits the ‘Malaysia Madani’ concept and gives an impression of better treatment from the federal government towards Sabah and Sarawak. “We ask that, on the basis of equality, Gawai and Kaamatan for the indigenous peoples of Sarawak and Sabah be declared as national holidays.” The statement was signed by Persatuan Intelektual Pribumi Sarawak founder and advisor Wellie Henry Majang, deputy president Ricky Sani, and legal advisor Paul Raja; Persatuan Terabai Menua Sarawak founder Wilfred Nissem; and Sarawak Salako and Rara Community Association president Robert Umping. They stressed that there is a need to recognise the two celebrations because the key principle of the Malaysian Federation, as outlined in the Federal Constitution, was to celebrate the diversity of its various races, religions, cultures and regions. “Serian MP Dato Sri Richard Riot Jaem recently emphasised the unique and crucial role of Sarawak and Sabah in the federation, asserting that without these states, there would be no Malaysia. “Echoing Riot’s sentiment, we would like to highlight the importance of safeguarding the special rights of the indigenous people of Sabah and Sarawak, as guaranteed by Article 153(1) of the Federal Constitution,” the NGOs said.