News

 

Pertandingan Warisan Budaya Tempatan anjuran Pustaka Sarawak Ogos ini

Posted on 11 Jul 2024
Source of News: Borneo Post Online

SIBU: Pustaka Negeri Sarawak kini membuka pendaftaran untuk Pertandingan Warisan Budaya Tempatan (PWBT) yang akan berlangsung pada Ogos ini.

Menurut satu kenyataan, pertandingan penulisan penyelidikan itu bertujuan untuk memastikan memori serta warisan Sarawak terus dipelihara untuk tatapan generasi akan datang.

Tema pertandingan tahun ini adalah 'Sejarah Penempatan Awal di Tebingan Sungai-Sungai Sarawak'. 

Para peserta dijemput untuk meneroka dan menampilkan kisah-kisah menarik mengenai bagaimana komuniti awal berkembang di sepanjang tebingan sungai-sungai di Sarawak.

Pertandingan itu terbuka kepada orang awam dan pelajar sekolah menengah berumur 13 hingga 19 tahun. 

Penyertaan adalah secara berkumpulan, dengan setiap kumpulan terdiri daripada dua hingga empat orang ahli dan pemenang akan menerima hadiah yang menarik dan lumayan.

Untuk mendaftar, peserta boleh mengimbas kod QR yang terdapat pada poster rasmi pertandingan. 

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi wakil Pustaka Negeri Sarawak di zon masing-masing: Zon Selatan (Pustaka Kuching) Nur Asikin Mira, George di talian 082-442 000, Zon Tengah (Pustaka Sibu) Azzila, Cassieafiefie di talian 084-315 200 dan Zon Utara (Pustaka Miri) Zuwahir serta Norfaezan di talian 085-422 525.