MIRI: Orang awam dipelawa menyertai Pertandingan Revolusi Kitar Semula: Cabaran Mengumpul botol yang dijadual berlangsung bulan depan sempena Borneo International Festival of Arts (BIFA).
Pustaka Negeri Sarawak, Miri (Pustaka Miri) dalam satu kenyataan berkata, objektif pertandingan ini adalah bagi memupuk memupuk semangat cintakan alam sekitar.
"Di samping itu, ia meningkatkan kesedaran tentang penggunaan plastik terutama plastik sekali guna dalam kalangan masyarakat.
"Pertandingan ini juga diadakan untuk mewujudkan persekitaran hijau dan mampan melalui kitar semula dan seterusnya mengurangkan pencermaran terutama sisa plastik," katanya.
Mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, sila imbas kod QR di poster untuk mendaftar ataupun layari pautan ini: https://forms.gle/khbLiKW7CxuvXoMB6 .
Hadiah lumayan berbentuk wang tunai, piala dan sijil penyertaan menanti pemenang tempat pertama sehingga ketiga.
Semua penyertaan hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada hari Jumaat, 26 Julai jam 9 pagi hingga 2 petang di Recreational and Event Centre, Curtin University Malaysia.
Sesi penjurian akan diadakan pada hari yang sama pada jam 2 petang manakala pemenang akan diumumkan pada 27 Julai, jam 4.30 petang.
Untuk maklumat lanjut, mereka yang berminat boleh menghubungi pihak penganjur di talian 085-422525 (Dorithy Dela Lawrence atau Annwar Adenan) atau layari laman sesawang www.pustaka-sarawak.com serta saluran media sosial Pustaka Negeri Sarawak.