EN  | BM

Total Visitors
1129239
Last Update: 15 Nov 2019
Version 8.2.2
FAQFAQ

 

 

                  PERKAHWINAN MENGIKUT ADAT DI SARAWAK


Soalan

:

Bolehkah kaum peribumi Sarawak kahwin mengikut adat?

Jawapan

:

Boleh.

___________________________________________________

Soalan

:

Bolehkah Cina Sarawak/ India Sarawak berkahwin dengan peribumi Sarawak?

Jawapan

:

Boleh.

___________________________________________________

Soalan

:

Boleh atau tidak peribumi Sarawak yang lahir di Semenanjung Malaysia(seperti anak tentera/polis) tetapi sekarang tinggal menetap di Sarawak, berkahwin mengikut Adat serta memohon Surat Tikah?

 

Jawapan

:

Permohonan boleh dipertimbangkan jika seseorang itu telah tinggal menetap di Sarawak dengan syarat dia menukar alamat dalam kad pengenalan menggunakan alamat tetap di Sarawak. (Mykad boleh dipertimbangkan dan hendaklah bermula dengan huruf:

i) KP lama bermula dengan huruf “K”.

ii) Mykad nombor “13” atau “52”

___________________________________________________

Soalan

:

Bolehkah status seseorang sama ada masih bujang/dara yang ingin berkahwin disemak secara online?

Jawapan

:

Boleh. Kerana sekarang sudah menggunakan sistem talian “Online”. Tetapi bagi daaerah yang BELUM menggunakan sistem online boleh menyemak maklumat pasangan melalui:-

i) Minta Tuan DO menulis surat kepada DO di tempat asal orang itu,sebab jika dia pernah berkahwin mengikut Adat, rekodnya boleh diperiksa di “counterfoil” Surat Tikah.

ii) periksa di JPN untuk memastikan orang itu tidak pernah berkahwin mengikut Law Reform (Marriage & Divorce) Act 1976

__________________________________________________

Soalan

:

Bolehkah bukan warga negara Malaysia berkahwin dengan peribumi Sarawak mengikut Adat?

Jawapan

:

Tidak boleh selepas 21 September 2006.Perkahwinan pasangan tersebut tidak sah tetapi sebelum tarikh tersebut perkahwinan pasangan tersebut adalah sah.

___________________________________________________

Soalan

:

Bolehkah bukan Sarawakian berkahwin dengan peribumi Sarawak mengikut adat?

Jawapan

:

Tidak boleh.

___________________________________________________

Soalan

:

Bolehkah satu pasangan telah tinggal bersama secara sulit contohnya isterinya berumur kurang daripada 16 tahun ataupun suami berumur kurang daripada 18 tahun berkahwin?

Jawapan

 

Adat tidak menyebut umur seseorang yang boleh berkahwin. Pasangan tersebut boleh memohon Sijil kahwin daripada Penghulu. Sebelum penghulu meluluskan permohonan:-

i) Pasangan itu boleh dikenakan tindakan mengikut Adat

ii) Ibu-bapa hendaklah membuat secara bertulis menyatakan mereka 'tiada bantahan' untuk mengelak menjadi kes rogol.

___________________________________________________

Soalan   Siapa yang boleh berkahwin di bawah Adat Istiadat Bumiputra Sarawak?
Jawapan   Bumiputra Sarawak yang memegang Mykad/Kad Pengenalan Sarawak ( dengan huruf 'K' atau nombor kod MyKad Sarawak) atau sesiapa yang dilahirkan di dalam Negegri sarawak.

Ini bereti :-

(a) Warga sarawak yang bukan bumiputra Sarawak boleh berkahwin dengan seseorang Bumiputra Sarawak di bawah adat,

(b) Warganegara Malaysia yang bukan warga Sarawak tetapi dilahirkan di dalam Negeri Sarawak boleh berkahwin dengan seseorang Bumiputra Sarawak di bawah adat

(c) Anak kepada Bumiputra Sarawak yang dilahirkan di luar Negeri Sarawak tidak berhak berkahwin di bawah adat kecuali ada salah satu pihak dilahirkan di dalam Negeri Sarawak.
____________________________________________________
Soalan   Bolehkah sesuatu perkahwinan di bawah Adat yang dilangsungkan dalam tahun 1990, didaftar dalam tahun 2000?
Jawapan   Boleh
Soalan   Siapa yang boleh mendaftar perceraian bumiputra di bawah adat masing-masing? Adakah sijil perceraian dikeluarkan.?
Jawapan   Penghulu kawasan tersebut sahaja. Ada. Borang B bagi adat bertulis. Mulai 01 November 2008, borang-borang Perkhawinan dan Perceraian bagi semua kaum Bumiputra Sarawak yang tidak mempunyai adat bertulis akan menggunakan format yang standard.
____________________________________________________
Soalan   Bolehkah perkahwinan yang diupacarakan di bawah Adat Iban dimana pihak lelaki/ perempuan adalah seorang kayan, dibubar di bawah Adat Kayan?
Jawapan   Tidak boleh. Perceraian hanya sah sekiranya dibubarkan menggunakan Adat Iban.
___________________________________________________
Soalan   Bolehkah perkhwinan yang diupacarakan di bawah Adat Istiadat Bumiputra, dibubarkan di bawah Undang-undang Malaysia Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan & Perceraian) 1976 semasa kedua-dua pihak berada diluar Negeri Sarawak?
Jawapan   Tidak boleh.
____________________________________________________
Soalan   Bolehkah perkhwinan yang diupacarakan di bawah Adat Istiadat Bumiputra, dibubarkan di bawah Undang-undang Perkahwinan & Perceraian diluar Malaysia?
Jawapan   Tidak boleh.
_____________________________________________________
Soalan   Bolehkah seorang Bumiputra yang beragama kristian berkahwin di bawah Adat Istiadat Bumiputra?
Jawapan   Boleh.
_____________________________________________________
Soalan   Bagaimanakah cara untuk memohon cabutan sijil kahwin dan cerai?
Jawapan   (a) Surat permohonan kepada Pejabat Daerah dimana tersimpan rekod perkahwinan atau perceraian berkaitan. Tidak ada caj dikenakan.

(b) Bagi orang awam, laporan polis diperlukan/ mencukupi.

(c) Cabutan akan ditandatangani oleh Pegawai Daerah / Pegawai Tadbir Sarawak serta nama, jawatan dan cop rasmi. Cabutan bernombor siri baru akan ada rujukan kepada surat nikah/ cerai berkaitan.
_____________________________________________________